HOW TO MAKE PIZZA MAGGIE.
Ala. Siapa tak tahu pizza maggie. Pizzza maggie ini sama seperti murtabak maggi. Seriously sedap. You should try it!. Hehe
BAHAN-BAHAN (untuk 2 ornang)
2 biji telur
1 paket maggi kari.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Kita mesti rebus maggi tu dulu. Letak air kedalam periuk kemudian panaskan air. Masukkan maggi ke dalam periuk tersebut. Macam buat maggi goreng la.
2. Kedua-dua telur itu dipecahkan kedalam mangkuk agak besar.
3. Gaulkan telur telur tersebut.
4.Kemudian masukkan perencah maggi kari tersebut ke dalam telur-telur tersebut. Kemudian gaulkan kasi rata.
5. Lepas tengok maggi tu dah agak lembut. Tapiskan. kemudian maggi tersebut dimasukkan kedalam manguk yang berisi telur dan perencah maggi tadi.
6. Gaulkan pizza maggi tersebut.
7. Kemudian ambil kuali. Letak minyak kedalam kuali tersebut. Jangan banyak minyak. Panaskan minyak
8.Selepas tengok dah panas minyak. Mangkuk telur tadi dimasukkan perlahan-lahan kedalam kuali. Jangan usik. Biarkan je. Agak-agak dalam 40 -60 saat. terbalikkan pizza maggi tersebut.
9.Lepas dah terbalikkan pizza maggi. Tunggu dalam 60 saat. Kemudian tutup api. dah siap.
#Masa nak terbalikkan pizza magi. Dielokkan guna 2 sudip. Supaya senang sikit.
SELAMAT MENCUBA. KALAU YANG TAK JADI JANGAN PUTUS ASA. CUBA BUAT LAGI LAIN KALI OK. STAY CUTE. ;)